Thursday, June 28, 2007
DIA DAN BAHAGIA

Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...

Kebahagiaan sudah bersamanya. Itulah kenyataan yang harus aku terima. Cuma yang pahit untukku telan... dia bersama dengan orang yang suatu ketika dahulu pernah menyakiti hatinya. Bukan mengungkit segala apa yang aku lakukan cuma aku sedikit terkilan. Waktu bersamaku dia bagaikan insan yang begitu sedih bila cintanya ditolak sedemikin rupa. Padaku, dia menceritakan segalanya, menghumbankan rasa kecewa dn amarahnya. Lantas, padaku juga dia lakukan benda serupa... Sampai hati awak... Sedangkan awak tahu untuk bina bahagia dari kekecewaan adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Hanya yang tabah dan cekal saja mampu melakukan itu. Tapi aku tidak tabah... aku tak kuat... sampaikan kadang-kadang aku menyumpah diriku kerana menyayangimu... bodohnya aku.




rasa nak tambah??? Silakan

Tuesday, May 29, 2007
Cebisan kata gambaran perasaan

seharusnya dia lebih mengerti ertinya kasih,
seharusnya ia tahu ertinya sayang,
seharusnya dia tahu hati merindu,
seharusnya dia menghargai diriku,
kerana aku amat menyayanginya,
dialah yang satu buatku,
kesetiaanku jadi taruhan,
hanya kerana dia insan teristimewa.....

cinta...mampu membuatku rasa bahagia
cinta...juga mampu membuatku rasa merana
cinta...hadirnya tidak pernah di undang
cinta...perginya juga tidak pernah di pinta
bagaimana harus ku pertahankan cinta...
jika ia akan terus berlalu tanpa memandang simpati kepadaku
yang mendambakannya....ah..biar, biar cinta itu terus berlalu...
agar cinta sejatiku boleh muncul... agar aku dapat merasakan betapa hangatnya cinta sejatiku itu...

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

 




rasa nak tambah??? Silakan

Thursday, May 24, 2007
Orang yang menyintai kamu

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 
Aku tak tahu kenapa aku terlalu cintakan dia sampaikan aku tak mampu nak benci dia walaupun dia dah sakitkan hati aku..

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Tiada yang mampu ganti dia dalam hati aku walaupun aku kini bersama orang lain...


Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
Walaupun dia tak handsome tapi dia cukup sempurna di mata aku...

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Sampai sekarang kalu boleh aku nak tengok dia...


Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
Aku tak pernah lupa buat ini walaupun dia dah mula bencikan aku waktu tu...


Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
Tak buat pun tetap doakan dia...


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
Meluangkan masa berbicara bisu di awal pagi sebelum subuh menjelang... Saling berteman di waktu study... Berkongsi sesuatu tentang alam perkahwinan... Segalanya masih dalam ingatanku...

 
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Kalau abang kena paksa kahwin ngan ayang sekarang, abang nak jamu ape kat ayang? Nak jamu pasir?

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. 
Aku tak suka lagu Demi Waktu... tapi kerana dia aku terlalu suka lagu nie walaupun setiap kali dengar air mata aku kan mengenang...


Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Selalu tanya tntang sakit dadanya...


Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu. 
Aku ucap nie beberapa hari sebelum kali putus.. Pernah aku mengharap ucapan ini saat aku nak menghadapi peperiksaan tapi tiada... Pedihnya hati lalui saat itu..


Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Key chain singa yang tertulis I LOVE YOU

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
Selalu sahaja terkelu lidah tika berbicara...


Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Kalu boleh sentiasa nak bersama dia saat susah dan senang...


Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
Kerisauan saat dia ingin melanjutkan pelajarannya... Dan ianya menjadi kenyataan..


Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Terlalu berhati-hati dalam berkata-kata takut akan melukai hatinya...


Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
Selalu sangat menghantar mesej ucapan sedang nengingatinya di waktu tengah malam saat terjaga dari tidur..


Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Pernah dimarahi kerana mesej diwaktu yang tidak kena dan sampai sekarang aku takut untuk melakukannya lagi..

 
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
Cuba menunaikan permintaannya yang terlalu berat untuk ditunaikan... LUPAKAN DIA!!!


Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
Inboxku penuh dengan mesej-mesej lama darinya...


Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
Itulah yang sedang aku lakukan sekarang ini...


Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Kerana ini aku pergi dari hidupnya... Menunaikan segala permintaannya kerana aku mahu dia bahagia dan kerana aku tahu cinta tidak boleh dipaksa...

...YaNG INDaH SeLALu DALaM KeNANGaN...




rasa nak tambah??? Silakan

Sunday, May 20, 2007
nyanyian hati

tika aku menerima cintamu dulu
hatiku berlagu riang
tiada duka bertindih luka
yang ada hanya bahagia

tika ini
hatiku berlagu duka
tercari-cari engkau dimana
aku menunggu khabar berita
namun tidak jawapan yang kujumpa
rupanya kau sudah berlalu
tanpa kata tiada bicara
tinggal aku termangu-mangu
mencari arah cinta kita

perlukah aku noktahkan disini saja?
atau perlukah aku menjadi penunggu setia
dan andai aku penunggu setia
apakah kau jua pencinta yang setia?

kutenung nasib diri
kusedar ini suratan ilahi
kuserah segalanya pada suratan nasib diri
ketentuan itu pasti ada hikmah buat diri ini...

nyanyian dari hati Ain Shauqina at 9.10am




rasa nak tambah??? Silakan

Friday, May 18, 2007
Aku MESTI lupakan dia!!!

Aku MESTI lupakan dia!

Aku tak mahu hidup dibayangi dia! Aku tak mahu ingat dia lagi! Aku tak mahu lukakan hati orang lain seperti mana dia lukakan hati aku kerana aku tahu kelukaan itu terlalu sakit... Aku mesti lupakan dia! Mesti!!!

Teman,aku mohon pada kalian...

Andai aku TERLUPA, tolong INGATKAN aku!
andai aku TERINGAT dia, tolong BERITAHU aku yang dia tak perlukan aku!
andai aku TERKENANGKAN dia, tolong INGATKAN AKU YANG ADA INSAN LAIN YANG LEBIH MENGHARGAI DAN MENYAYANGI AKU!

Tolong aku ya...




rasa nak tambah??? Silakan

Thursday, May 17, 2007
Missing you...

tak ubah berbunga lalang
rendahnya pandanganmu
padaku yang amat memerlukan

kegersangan sekeping hati
harapkan setitis embun
aku yang basah hidup ini

aku yang terbiar sejak mula lagi
puas ku merintih puas ku berduka

kuhanya mampu berserah
beserta doa harapan
ubahlah haluan hidup ini


demi cinta yang menyala
kurela menggengam bara api
demi kasih yang mengharum
sungguh aku rela
biar pun pada pandangan
seperti bunga yang layu terbuang
namun kau pasti tahu
semua kerna aku masih lagi
setia padamu
biarku menangis seumpama pengemis

kuhanya mampu berserah
beserta doa harapan
ubahlah haluan hidup ini

Pertama kali mendengar lagu ni ketika menonton drama di TV2, hatiku sudah direntap luka lama... Entah kenapa aku terasa bayangannya begitu dekat denganku... Dekat sekali...

Terimbas di fikiran bayangan kisah lalu... Bagaimana aku diperlakukan... Erm, memang aku sedih... Tapi aku tak mampu membencinya. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tidak dapat membencinya. Kadang-kadang aku terasa ingin membenci tapi benih kebencian itu tak pernah lekat dalam hati...

AKU MERINDUI DIA!




Comments (2)

Wednesday, May 16, 2007
Kala rindu itu datang lagi

Kala ini kepedihan itu mengamit lagi... Entah kenapa pedihnya begitu terasa, pahitnya terlalu perit untuk ditelan... Malah hingga saat ini, aku gagal melupakan dia. Ya! Dia yang mengajar aku makna sebuah cinta...

Oh Tuhan... kenapa aku jatuh cinta pada dia? kenapa aku mesti rindukan dia? telah sekuatnya aku mencuba untuk melupai dia tapi aku tak upaya... benci yang disemai tak tumbuh di hati, tak lekat di jiwa...yang ada hanya rindu yang tak pernah padam untuknya... Kadang-kadang, aku benci perasaan itu... Benci sekali!

Awak... kenapa tinggalkan saya tanpa sepatah kata yang bisa saya mengerti? Hanya sepatah kata yang mampu membenihkan benci dalam hati saya? Kenapa tinggalkan saya dengan keadaan diam seribu bahasa? Saya pandang awak waktu tu! Saya tengok awak! Awak senyum pada saya... tapi awak pergi jugak... Kenapa awak pilih untuk menyakiti hati saya dengan cara itu? Penuh tanda tanya...

Kalau benar awak bencikan saya... katakan hanya sepatah kata yang bisa melunturkan segala perasaan pada awak... Tak tahan rasanya bila rindu itu datang meruntun hati ini... katakan! 

Sajak nie aku dapat dari mySahabat. Kat ruang forum... Saja nak kongsi dengan korang... Aku merasainya...

rasa sayang milik setiap insan,
rasa sayang jua milik aku,
tetapi aku gagal,
gagal meneruskannya.
wahai dunia,
lihatlah aku,
lihatlah aku yang tewas,
tewas dalam mempertahankan cintaku,
kasih sayang ku,
kenapa,siapakah yang silap??
aku kah...

jawablah wahai dunia,
aku tahu kau mendengarnya,
tetapi kau tak bisa menjawab,
aku jua begitu....
aahh...mereka lebih layak,
mereka di takdirkan...

aku pasrah..
sesungguhnya jika pengorbananku ini....
mengundang sejuta kebahagiaan dan kegembiraan,
kenapa tidak aku teruskan saja,
mengapa tidak....walaupun ia pahit,

ya..aku akan teruskan...
pergilah sayang....pergi,
aku relakan kau berlalu,
dan percayalah...

aku dgn ikhlas mendoakan,
semoga kau berbahagia,
usah difikir tentang diri ini,
takkan ku biar diri ini hanyut,
kebahagiaanku bukan bersamamu,

aku ku teruskan pencarian ini,
rela kan aku pergi...kita sama-sama merelakan,

walaupun kita sama-sama menderita,
lupakan aku,
sesungguhnya..
aku tidak akan sekali-kali melupakanmu sayang...




rasa nak tambah??? Silakan

Monday, May 14, 2007
Sedih sangat... huhuhu...

Tah nape saat nie aku rasa sedih sangat sangat... Mungkin terkenangkan kawan-kawan aku yang akan daftar matrix esok... pastu tadi aku masuk friendster... Ramai gak kawan-kawan aku yang dapat gi matrix... Sayu jer hati nie bla tengok dorang suma epy...

Bukan xnak berdoa untuk dorang tapi perkataan MATRIX nie meninggalkan sejarah pahit dalam hidup aku... Tambah-tambah bla dengar KMK... Huhuhu...aku masih terkenangkan dia...

Pastu aku sedih coz xdpt tawaran UPU gak... mybe result aku tak cukup untuk melayakkan aku masuk IPTA... Sedih lak bla tengok muka mak abah yang macam kecewa ngan aku... Ape nak buat, aku dah buat yang terbaik untuk SPM aku... Kawan-kawan cakap aku takde rezeki nak masuk IPTA... Senang lar dorang cakap... bukan dorang yang rasa tapi aku!!!

Kecewa??? Yer... memang aku kecewa sangat-sangat. Aku sedih... Huhuhu... Rasa cam nak nangis jer... Tapi untuk apa??? Kadang-kadang aku rasa pelik... Nape lar orang yang dapat tawaran pegi IPTA nie tak nak pegi sedangkan rezeki mereka ada... Pastu masih tak bersyukur hanya kerana tak dapat course yang diharap-harap...

Untuk kawan-kawan, selamat memulakan kehidupan baru sebagai pelajar semula... belajar btul2. Jangan banyak main cam aku dulu... Tak yah lar bercinta... Kang korang akan rasa ape yang aku rasa kalu korang gagal dalam bercinta sekali gus gagal dalam pelajaran... Biarlah, serahkan pada jodoh... ALLAH dah ciptakan seseorang untuk kita... Sampai masa kita akan jumpa jodoh kita... And kalu nak bercinta jugak, jangan sampai lupa pelajaran... Aku tak mahu ada yang menyesal macam aku... 




Comment (1)

Sunday, May 13, 2007
1st entry

setiap saat yang hadir adalah untuk kita ukirkan dengan senyuman...
Namun kadang-kadang tangisan pula yang hadir
menghiasi belahan kenangan yang tinggal...
Ingatlah! Ianya adalah sebahagian dari guru kita
kerana pengalamanlah yang lebih mematangkan diri...

 




rasa nak tambah??? Silakan

Don't buy Vista Security
" ...andai tiada lagi rasa itu untukku, aku rela lepaskan dia pergi kerana aku menyayanginya, aku mahu dia bahagia bersama pilihannya, aku mahu lihat dia tersenyum walau bukan denganku, dan kerana aku pasti kebahagiaanku dengan insan yang tulus menyayangiku..."
~ about_me ~


ain shauqina
September 3rd
Female
Kedah
Kucari keihklasan, kukejar kejujuran, kurindui kesetiaan, kudambakan kasih sayang, itulah mahligai yang kucari

~ Tag_Me ~
   

~ mutiara_kata ~
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu minta maaf, luka itu tetap ada. Dan, luka kerana kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkan seperti kamu menyunting sekuntum mawar merah. Kadang-kadang kamu mencium harum mawar tersebut tapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalah hidup adalah bila kamu bertemu dengan seseorang yang sangat bererti bagimu tapi harus dilepaskan tanpa alasan yang kukuh. Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

~ Tercipta_Untukku_by_Ungu ~
Menatap indahnya senyuman diwajahmu/ Membuat ku terdiam dan terpaku/ Mengerti akan hadirnya cinta terindah/ Saat kau peluk mesra tubuhku/ Banyak kata/ Yang tak mampu kuungkapkan/ Kepada dirimu/ Aku ingin engkau slalu/ hadir dan temani aku/ Disetiap langkah yang meyakiniku/ Kau tercipta untukku/ Sepanjang hidupku/ Aku ingin engkau slalu/ hadir dan temani aku/ Disetiap langkah yang meyakiniku/ Kau tercipta untukku/ Meski waktu akan mampu/ memanggil seluruh ragaku/ Ku ingin kau tahu/

~ fly_away ~
Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

RSS Atom
rss feed
~ about_me ~

lilyloverdiary

~ my_calendar ~
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

~ credits ~
Designed by dragonfae
Thanks to blogskins.com

Wind Faeries

BLOGDRIVE