nyanyian hati
tika aku menerima cintamu dulu
hatiku berlagu riang
tiada duka bertindih luka
yang ada hanya bahagia
tika ini
hatiku berlagu duka
tercari-cari engkau dimana
aku menunggu khabar berita
namun tidak jawapan yang kujumpa
rupanya kau sudah berlalu
tanpa kata tiada bicara
tinggal aku termangu-mangu
mencari arah cinta kita
perlukah aku noktahkan disini saja?
atau perlukah aku menjadi penunggu setia
dan andai aku penunggu setia
apakah kau jua pencinta yang setia?
kutenung nasib diri
kusedar ini suratan ilahi
kuserah segalanya pada suratan nasib diri
ketentuan itu pasti ada hikmah buat diri ini...
nyanyian dari hati Ain Shauqina at 9.10am

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu minta maaf, luka itu tetap ada. Dan, luka kerana kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.