|
Izinkan diriku meluahkan rasa Kebahagiaan sudah bersamanya. Itulah kenyataan yang harus aku terima. Cuma yang pahit untukku telan... dia bersama dengan orang yang suatu ketika dahulu pernah menyakiti hatinya. Bukan mengungkit segala apa yang aku lakukan cuma aku sedikit terkilan. Waktu bersamaku dia bagaikan insan yang begitu sedih bila cintanya ditolak sedemikin rupa. Padaku, dia menceritakan segalanya, menghumbankan rasa kecewa dn amarahnya. Lantas, padaku juga dia lakukan benda serupa... Sampai hati awak... Sedangkan awak tahu untuk bina bahagia dari kekecewaan adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Hanya yang tabah dan cekal saja mampu melakukan itu. Tapi aku tidak tabah... aku tak kuat... sampaikan kadang-kadang aku menyumpah diriku kerana menyayangimu... bodohnya aku. |
| Leave a Comment: |